skip to main |
skip to sidebar
- Agenda pertama meliputi aspek kebajikan pelajar dan Kualiti pembelajaran. Saya akan perjuangkan isu penambahbaikan peralatan makmal yang sedia ada. Ini kerana ada makmal yg menyediakan peralatan ujikaji yang sudah rosak dan uzur.Dan ramai pelajar mengadu bahawa masalah ini tak dapat diatasi walaupun telah berminggu2.Masalah berlanjutan bila ahli kumpulan untuk minggu seterusnya terpaksa menggunakan peralatan yang rosak ini untuk membuat ujikaji.Dan hasil ujikaji eksperimen mereka sama sekali lain daripada apa yg mereka belajar di dalam kelas.Selain itu isu kebajikan lain yg turut diperjuangkan adalah isu kebajikan tertunggak,seperti penyediaan mesin ro water,kipas di p05,pili air di wakaf dataran fke serta beberapa lagi perkara kebajikan yang akan dipantau masa ke semasa mengikut keperluan semasa pelajar.
- Agenda kedua adalah Khidmat Komuniti. Pada pandangan saya FKE hendaklah memperkasakan jaringan antara mahasiswanya dengan masyarakat melalui perkongsian ilmu dan kepakaran yang ada dalam pelbagai bidang.Dan jawapannya adalah Khidmat Masyarakat FKE.Jika kita biasa terlibat dengan aktiviti2 kolej kediaman,khidmat masyarakat merupakan salah satu aktiviti tahunan yang wajib diadakan.Tapi kali ini,kita buat sedikit kelainan. Khidmat masyarakat FKE akan disertai oleh setiap jabatan2 dlm fakulti dan memainkan peranan secara langsung dlm menggerakkannya.Untuk program ini kita boleh pergi ke kampung2 terpencil sekitar johor ataupun pergi ke rumah-rumah orang asli.Kita bantu mereka,misalnya jika rumah mereka tiada elektrik atau mengalami masalah wiring juruteknik dari Jabatan TOP mungkin boleh membantu,jika rumah mereka terletak di pulau2 dan perlukan elektrik dari sumber solar juruteknik dari jabatan Energy Conversion juga boleh membantu.Senang kata semua orang boleh mencurahkan bakti dengan menurunkan segala ilmu dan kepakaran yang mereka ada untuk menjayakannya.
- Agenda Ketiga menyentuh aspek kepimpinan pelajar. Sblm ni saya byk masuk program berbentuk kepimpinan,x kisahla kem ke,seminar,kelab dll. Tp saya macam perasan ade yg xkena,kurangnya penglibatan pelajar Lelaki dalam sesuatu organisasi.Dlm agama ada sebut,lelaki tu pemimpin bagi perempuan dan pemimpin tu adalah khalifah diatas muka bumi. So sekarang kita tnya balik, brapa ramai lelaki yg mahu tampil sebagai pemimpin.Tak kisahla pemimpin persatuan hatta pemimpin kelas sekalipun, ramai yg tak nak menonjolkan diri. Untuk Fke sy rasa mungkin perlu wujudkn lebih byk persatuan berasakan program(course)d ahulu. Jadi bila lebih banyak persatuan lebih banyaklah pemimpin yang dapat menerajuinya.contohnya macam program saya, SET.Saya boleh buat Kelab Radio Amature misalnya,lepas tu kalau dah maju sikit saya akan upgrade kelab tu jadi Stesen radio kampus.Perkara ni sudah dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia(UPM) dimana mereka dah menubuhkn stesen radio kampus digital pertama di negara yang dikenali sebagai 'Putra FM'. Sebagai salah sebuah research universiti(RU),mungkin sy akan merasa malu jika stesen radio kampus ni x dapat diwujudkan di UTM mcm universiti2 lain sebb universiti kita jauh lebih maju dari universiti lain dari segi fasilitinya. Program2 lain seperti GOP pula perlu disebarluaskan.saya nampak ramai dari kalangan pelajar FKE tidak rebut peluang keemasan ini. Program GOP ni bagus sbb selain dapat berjalan2 di luar negara, kita juga dapat menjana kemahiran insaniah yang cukup banyak sebelum menjadi seorang pemimpin.
- Agenda Keempat pula berkaitan dengan silaturrahim .Saya lebih suka jika tahun ini Fke menganjurkan program yg berbentuk kekeluargaan seperti Hari Keluarga FKE ataupun Hari Sukan FKE yg melibatkan seluruh pelajar, pensyarah dan staf pentadbiran.Saya x pasti,tp saya rasa Fke pernah buat program seumpama ini 6-7 tahun dahulu tetapi sekarang sudah dilupakan.program seumpama ini bagus sbb fakulti lain pun ada buat.Dan yang pasti hubungan antara Ketua Jabatan dengan pelajar programnya bertambah erat.Pelajar tidak lagi segan berjumpa dengan Kordinator/Ketua Jabatan masing2 selepas itu.Selain badan dan otak pn cerdas,hubungan dengan pensyarah2 lagilah.
- Agenda Kelima pula berkait rapat dengn Keberkatan. masih ingatkah lagi sewaktu kita di tadika dulu,setiap kali sesi belajar kita akan baca doa belajar kuat2.Bila sesi makan pun kita baca doa sebelum dan selepas makan kuat2.Tapi kenapa kita kurang praktikkannya di FKE? maksud saya bukan baca kuat2 tp baca doa belajar sebelum memulakan kelas.Bukankah majlis ilmu itu kalau dimulakan dengan al-fatihah sudah memadai.Banyak ganjarannya kerana ia melibatkan keberkatan majlis selain mendapat redha Allah untuk setiap apa yang kita belajar.Nampak macam mudah bukan.Selain itu,pelajar juga boleh menegur pensyarah jika mereka mengajar sewaktu laungan azan berkumandang,mungkin mereka tidak menyedarinya..
3 comments:
Listen to radio and watch tv online 24hrs non stop in just one click.Visit
CLICK >> WATCH MALAYSIA TV ONLINE
RTM1 .RTM2 ,TV3 ,TVi ,1Hijautv ,PAS TV,MOBTV
AND MORE..
Click >> LISTEN MALAYSIA RADIO ONLINE
WATCHING HBO FREE CLICK > HBO FREE <
wew...ada iklan
Dapatkan Sistem Andaforex Secara Percuma Di Laman Andaforex Khas Untuk Semua Forex Trader Di Malaysia Mahupun Kepada Yang Berminat Dalam Bidang Forex
Kami Menyediakan Kepada Anda Pelbagai Panduan/Bantuan Secara Online Untuk Memudahkan Anda Memahami Teknik Asas Forex Tanpa Perlu Membayar Apa-apa.
Jana Keuntungan Forex Yang Berkekalan Setiap Masa Dengan Bantuan Tool Terbaik Sistem Andaforex
Pelbagai Panduan/Ebook/Templates/Expert Advisor Di Sediakan Khas Untuk Anda Di Laman Kami
Kami Sediakan Kepada Anda
- Add On Ebook ( Forex Trader Ebook )
- Andaforex Expert Advisor ( Mq4 dan Ex4 )
- Template System ( Indicator Dan Template )
- Panduan Asas Buka Trade Buy Dan Sell
- Panduan Attach Sistem Andaforex Ke Terminal Instaforex
- Panduan Deposit Dan Withdraw Instaforex Di Malaysia
- Panduan Install Terminal Mt4 Instaforex
- Panduan Login Ke Akaun Instaforex Anda
- Panduan Lot Dan Masa Trade Yang Sesuai
- Panduan Memasang Sistem Andaforex Ke Terminal Instaforex Anda
- Panduan Menggunakan Sistem Andaforex
Anda Boleh Mendapatkan Semua Ini Secara Percuma Di Laman Andaforex Bermula Sekarang
Layari Laman Kami Dan Dapatkan Kesemua Ini Dalam Satu Pakej SISTEM ANDAFOREX
http://andaforex.blogspot.com
Post a Comment
Ade beran? tinggalkan komen anda.