Showing posts with label maal hijrah. Show all posts
Showing posts with label maal hijrah. Show all posts

Dec 17, 2009

DOA akhir tahun dan awal tahun [MAAL hijrah]


salam MAAL HIJRAH..lepas maghrib ni..dah start tahun hijrah yang baru..
entri ni nak attachkan doa awal tahun dan akhir tahun..
sumber dari darulnuman..

DOA AWAL TAHUN 


dibaca 3 kali waktu maghrib
pada malam 1 muharam

~Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut. 



 Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


DOA AKHIR TAHUN


dibaca 3 kali pada akhir waktu asar[sebelum maghrib]
pada akhir zulhijjah



 Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



sama-sama kita berhijrah kepada yang lebih baik..insyaAllah..

ada orang kata baca doa awal dan akhir tahun ni bidaah..
tak tahu lah..aku pun bukan terer sangat bab2 macam ni..
jadi siapa yang tahu..sila la beritahu..tq


nak baca artikel pasal bidaah ke tak..
Wallahualam~

~kalau nak tahu pasal sejarah pengenalan muharam, maal hijrah, peristiwa penting,
amalan sunat, doa-doa dan banyak lagi..
klik sini 

 notakaki: adakah korang pasang azam baru sempena maal hijrah??hehe..
~harap2 team malaysia menang lawan vietnam petang ni..

I Will Follow You

Blog Widget by LinkWithin