Jul 15, 2009

rahsia MICHAEL JACKSON


salam..entri ni nak cerita pasal pengebumian arwah mikael..[michael jackson]..memang aku tertanya2 sebelum ni..arwah dikebumikan ikut cara islam atau tidak..tapi bila aku usha blog2 yang ada..mungkin luahan dari seorang peminat MJ yang aku jumpa ni telah dapat setelkan aku punye pertanyaan..hehe..jadi..aku pun copy komen dari seorang peminat beliau dan dipastekan kat sini untuk pengetahuan korang..huhu

selamat membaca..aku dah kasik paragraph kat komen yang dia buat supaya nampak lebih kemas..

Assalamualaikum semua,
Saya terpanggil untuk mengisi laman ini semata-mata ingin berkongsi dengan semua peminat-peminat yang menyanjungi insan luar biasa seperti Michael Jackson. Saya dibesarkan di dalam tahun Michael Jackson dibesarkan dan semenjak saya mengenali erti music, saya amat menggemari akan lagu-lagu dan irama ‘dance’ yang dipersembahkan. Saya juga pernah mengambil kesempatan untuk menyaksikan persembahan konsert beliau di Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu dan bertuah rasanya diri ini kerana dapat bertemu dan juga bersalaman dengan beliau secara dekat di Concorde Hotel sewaktu dahulu.Sememangnya saya turut tersentuh dan bersedih diatas apa yang berlaku.

Ia begitu menyayat hati apabila mengikuti kisah riwayat perjuangan Michael Jackson ini dipentas seni. Bukan sahaja kerana persembahan beliau yang unik dan juga hebat. Namun kisah kehidupan sehariannya juga mengundang pelbagai spekulasi sehingga turut merubah kehidupan beliau. Beliau di hina dan juga dicerca oleh pelbagai majalah sensasi sehingga dituduh dengan pelbagai tuduhan yang akhirnya menyebabkan beliau terpaksa membayar kes-kes tersebut bagi menutupinya dengan jumlah yang begitu banyak. Namun mengenali Michael dari Video-Video yang ditayangkan dan juga mendengar kisah keperibadiannya daripada orang-orang yang pernah berdampingan dengan beliau… beliau sebenarnya adalah seorang insan yang amat baik, dan juga pemurah.

Kerjaya beliau pernah di iktiraf sebagai “The Greetest Selling Album of All Time”, seharusnya dengan pencapaian yang sedemikian rupa beliau sepatutnya tidak berhadapan dengan masalah beban hutang yang begitu besar menyebabkan beliau terpaksa mengambil jalan yang drastic untuk mengadakan konsert secara besar-besaran di 02 Arena, Kota London bagi menyelesaikan hutang-hutang tersebut terutama sekali untuk menyelamatkan harta yang paling beliau sayangi iaitu estet kediaman peribadi beliau di ‘Neverland’ Santa Barbara county. Namun apa kan daya belum sempat perjuangan beliau berakhir bagi menyelesaikan masalah bebanan hutangnya, beliau terpaksa meninggalkan muka bumi ini dan mewasiatkan orang-orang yang dipercayai bagi menyelesaikan masalah bebanan kewangannya.

Kini timbul pula pelabagai spekulasi, selepas upacara memorial tersebut mengapa jenazah beliau tidak di kebumikan lagi?. Sudah tentu ia mengundang pelbagai andaian kerana seperti apa yang dikatakan oleh Larry King ketika di temuduga selepas upacara memorial tersebut, ini adalah kali pertama beliau melihat upacara yang sedemikian rupa. Belum pernah terjadi dalam mana-mana upacara memorial artist-artist selebriti antarabangsa jenazah di bawa masuk kedalam memorial tersebut.

Mengapa ini terjadi?. Selepas melakukan pelbagai penghayatan tentang insiden pemergian Michael Jackson ini semenjak hari pertama beliau telahpun disahkan meninggal dunia oleh abang kandungnnya iaitu Jermaine Jackson, saya mempunyai beberapa andaian yang mungkin menguatkan kesahihan bahawa kemungkinan besar keluarga Jackson ini ingin menunaikan hasrat Michael sendiri di sokong padu oleh abang kandungnya supaya jenazahnya dapat di kebumikan secara islam tanpa pengetahuan daripada dunia luar lebih-lebih lagi pihak paparazi yang begitu tergila-gilakan berita sensasi mengenainya. dan perlu diketahui Michael Jackson mempunyai berjuta insan di seluruh dunia ini yang tergolong daripada mereka yang berugama kristian.

Jadi sudah tentulah sekiranya pengkebumian Islam tersebut dilakukan secara terbuka maka mereka yang mempunyai fahaman radikal kristian bimbang sekiranya ramai diantara peminat-peminat Michael Jackson juga akan turut berubah arah memeluk agama Islam ini. Dan perkara ini tidak akan dibenarkan sama sekali oleh kerajaan Amerika Syarikat terutamanya ahli keluarga Michael Jackson sendiri seperti bapa saudaranya yang membimbing ahli politik manority kulit hitam iaitu Al salthran yang turut berucap pada acara memorial tersebut.

Ahli keluarga Michael Jackson juga selain daripada Jermaine Jackson yang telah pun memeluk agama Islam sejak 20 tahun lalu adalah berkefahaman Johanah Witnesses, dan mereka amat memegang kuat akan tradisi kefahaman keluarga ini dan berada di dalam keadaan yang sedemikian, Jermaine atau pun Jenazah Michael Jackson sendiri tidak berdaya untuk menghalangnya namun terpaksa juga redha akan keputusaan jemaah ahli keluarga ini. Pengalaman saya belajar di Amerika Syarikat selama hampir setengah tahun membuatkan saya faham akan apa yang berlaku dan tidak merasakan ia pelik.

Di mana saya juga ingin berkongsi dengan pembaca semua bahawa masayarakat kulit hitam Amerika Syarikat yang berugama islam tidak akan dibenarkan sama sekali untuk menyuarakan pendirian mereka. Mereka harus mengikut undang-undang yang telah dikenakan oleh kumpulan aktivis yang telah memenangi parti politik tersebut dan kebetulan pada waktu ini Al Satran adalah ahli politik untuk kumpulan kulit hitam di California. Dan bagi kebanyakan ahli keluarga kulit hitam ini dibesarkan di dalam kefahaman Johanah Witnesses. termasuk ahli keluarga Michael Jackson sendiri. Jadi untuk atur cara ziarah bagi memperingati jenazah, (memorial) adalah wajib untuk ahli keluarga tersebut mengikuti kefahaman atau pun adat keluarga Johanah Witnesses ini sebelum ia disemadikan, dan selepas atur cara majlis itu barulah ahli keluarga akan memilih kepercayaan agama masing-masing untuk aturcara pengkebumian pula.

Dan rata-rata penganut kefahaman Johanah Witnesses, mayat haruslah dibakar dan abu mayat tersebut di lepaskan dibawah cahaya bulan yang terang supaya rohnya lepas bebas. Namun sekiranya si mati berugama Islam, ia perlu di semadikan dan ini menguatkan kabar angin bahawa Michael benar-benar memeluk agama Islam. Pembaca bolehlah goole melalui laman internet untuk mengetahui lebih lanjut lagi akan article berkenaan iaitu bertajuk “Black American Muslim Society Will Never Stand For Their Justice”.

Michael jackson memeluk Islam dan meninggal dunia sebelum beliau sempat mengabarkannya. Dan ada sumber-sumber mengatakan beliau ingin mewawarkannya sendiri apabila melakukan konsert “This is it” secara besar-besaran di O2 Arena, kota Londan nanti. Tercetus pula andaian ada pihak-pihak zionist yang telahpun menghidu berita ini tidak menyukainya dan Michael dikatakan telah pun di bunuh secara terancang. Pihak penyiasatan optopsi keatas jenazah Michael tidak dapat mencari bukti-bukti yang sahih bagaimana kejadian bolih menyebabkan jantung beliau tiba-tiba terhenti dan seterusnya meninggal dunia sehingga menyebabkan pihak DEA terpaksa campur tangan dan akibatnya jenazah Michael yang dikembalikan kepada ahli keluarga terpaksa di terima tanpa organ otak Michael untuk pihak tersebut melakukan kajian secara menyeluruh.

Inilah beberapa punca-punca mengapa pengkebumian ini terpaksa ditunda oleh ahli keluarga Michael berminggu lamanya dan berada di dalam situasi Jermaine Jackson, ia bukannya mudah. Selain daripada terpaksa berhadapan dengan ahli keluarga yang berfahaman Johanah Witnesses semenjak dilahirkan lagi dan masyarakat dunia yang begitu menghargai juga menyayangi Michael Jackson.

Beliau terpaksa mengambil jalan yang berhati-hati dan juga teliti untuk mengabui mata media, masyarakat dunia dan juga kepuasan bagi semua pihak. Namun sebagai seorang Islam, yang percaya akan qada & kadar Tuhan, tidak usahlah kita meraguinya lagi. Michael bukan dibesarkan didalam Negara Islam dan beliau juga bukan menganut agama Islam dari kecil. Kehidupannya begitu complex dan menyayat hati dan ahli keluarganya tidak mahu lagi pihak luar menyakiti Michael lagi. Kita seharusnya redha dengan apa yang terjadi tanpa berasa curiga ataupun mencemuhnya.

Serahkan segalanya kepada Allah s.w.t yang esa dan sudah pasti abang Michael jackson sendiri iaitu Jermaine Jackson akan mengendalikannya sebaik mungkin kerana beliau adalah seorang yang amat beriman. Bagi peminat-peminat Michael yang amat menghargai juga menyayangi beliau, kita seharusnya berasa beruntung kerana banyak bukti-bukti bahawa beliau telahpun merancang untuk masa depan beliau.

Yang paling ketara 2 tahun sebelum pemergian beliau, beliau telahpun mengosongkan estet kediamannya di ‘Neverland’ dan sepanjang 2 tahun tersebut beliau banyak kali berhijah ke negara-negara teluk dan di akhir lawatannya beliau ke Bahrain dan dikatakan ingin menginap disitu. Kembalinya ke L.A, semata-mata ingin menyelesaikan masalah bebanan hutangnya dengan cara melakukan konsert buat kali terakhir di 02 Arena.Kota London. Dan terdapat beberapa bukti yang paling ketara, Jermaine tidak putus-putus memuji “Allah s.w.t” setiap kali beliau diajukan soalan berkenaan dengan “Michael”. Namun seperti biasa pihak Media tidak mengendahkannya dan beberapa kali cuba untuk menutupi ucapan Jermaine itu. Dan bukti yang terakhir kali jika kita peka pada upacara “Memorial” itu perhatikan Jermaine.

Beliau membawa tasbih ditangannya, keranda pula tidak ada sebarang tanda palang Kristian manakala selepas upacara “memorial” itu, jenazah dikembalikan semula ke Florest Lawn. Kemungkinan upacara pengkebumian secara Islam akan dilakukan secara tertutup, bukan dalam waktu yang terdekat ini mungkin. Kerana organ otak Michael masih belum dikembalikan lagi ke jasadnya dan permohonan untuk mengkebumikannya di Neverland masih belum lagi mendapat kelulusan daripada Santa Barbara County. Sama-samalah kita berdoa semuga roh Mikaeel Jackson benar-benar dikebumikan secara Islam dan semuga rohnya di rahmati oleh Allah s.w.t.


kalau lah betul kematian MJ ni dirancang oleh pihak zionis..memang KEJAM tahap CIPAN la diorang ni..

notakaki : sebelum ni aku langsung xde lagu beliau..tapi bila beliau dah meninggal..baru aku download n usha dia punya lagu..huhu..rugi2 x usha dari dulu..apa2 pun moga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman insyaAllah..

credit to zonARTIS.com

12 comments:

LuVidA^^ said...

alahai...pnjgnye...x minat r nk bce ttg MJ ni :P

sharamli said...

sma2 kita d0akan

d|n said...

huhu..
mmg panjang..
tp kali da bace mesti bes..hehe

insyaAllah..kite doakn sesame..

[ Goodbye zuLL ] said...

mj ni jiran aku..

d|n said...

mj mane 1??
mat jambu ke jiran ko??haha

Anonymous said...

zionis mmg kejam sbb tu dilaknat oleh allah..

d|n said...

btul3..
kite mesti boikot dyorg..huhu

Anonymous said...

x srong je penulisan atas tu..kurang pembacaan. X der sumber yg kukus MJ tu masuk Muslim

d|n said...

ntah la..
ak pun x tere sgt bab2 ni..
cume bgtau ape yg ak bace je..huhu

Suraya Hanim said...

memang betul...
ruginya x usha mj punya lagu dulu.
i have abandoned him .
we have abandoned him .

aizuddin.com said...

tu lah..biasanya kalau orang dah tak de..baru lah kita terasa

lin said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女

Post a Comment

Ade beran? tinggalkan komen anda.

I Will Follow You

Blog Widget by LinkWithin