Mar 23, 2009

syurga : tidak kenal maka tidak cinta

salam.. entri ni nak penuhi request [student].. entah student mane entah ni..x tahu pun aku..hehe kepada beliau..moga anda berpuas hati la ya.. search punya search..jumpa la artikel menceritakan tentang pintu syurga.. hari itu dah kenal pintu neraka..kita kenal pintu syurga pula.. bak kata [student]..x kenal maka x cintan..hehe teruskan membaca... ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya kelak adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73). Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain setiap orang sesuai dengan kumpulan mereka. Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (Hadis riwayat Muslim). Selepas Rasulullah SAW memasukinya, barulah kumpulan seperti yang dinyatakan di atas akan memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan amalan mereka. Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa, Rasulullah SAW bersabda: “Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan. Hadis itu menjelaskan syurga mempunyai beberapa pintu. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga itu memiliki lapan pintu. Ia dijelaskan oleh Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan wuduknya, lalu membaca: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” (Hadis riwayat Muslim). Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Di dalam syurga, nikmatnya tidak terhingga, sehingga digambarkan kenikmatannya adalah sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah juga terlintas dalam fikiran manusia. Di dalam al-Quran, Allah menyifatkan syurga itu dengan beberapa keadaan seperti difirman oleh-Nya, bermaksud: “Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15).[kalau sungai di dunia ada ikan je..itupun kalau bernasib baik..kalau tidak..ada sampah-sarap je lah jawabnya..hehe..buah durian pun dah kira sedap di dunia ni..di syurga..macam-macam ada..macam astro lah pulak..huhu] Mengenai sifat syurga di atas, Rasulullah SAW juga bersabda: “Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Di dalam syurga kelak, tidak akan ada penghuninya yang tidak menikah. Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Malah, mereka diberikan oleh Allah rumah yang diperbuat daripada mutiara dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Keadaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Sesungguhnya di syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” (Hadis riwayat Bukhari). Ketika Rasulullah SAW di Mikraj pun, Baginda diperlihatkan bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga seperti disabdakan oleh Baginda yang bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Berdasarkan keadaan syurga di atas, hendaklah kita berusaha dengan segigih-gigihnya untuk memasukinya kerana ia adalah tempat abadi yang teramat indah bagi mukmin. Sesungguhnya, Rasulullah SAW mengajar kepada umatnya yang ingin memohon syurga, supaya mereka memohon syurga Firdaus[bukan wan mohd firaus lak..hehe..itu roomate lan tu..haha] kerana ia adalah syurga yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah. Penulis ialah Pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia. sama-samalah..kita perbaiki diri kita..untuk melayakkan kita memasuki syurgaNya.insyaAllah... Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh. Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran. Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu ‘Alam..

Mar 21, 2009

cari huruf f ??

salam.. entri ini nak mencabar minda korang..asyik dibekalkan dengan fakta semata-mata..mesti korang boring..hehe...komik cam malas nak buat..kena ada cuti panjang baru boleh buat..sekarang ni busy je..main dotA adalah..isk3.kalau x tau dotA itu apa..klik je kat hyperlink 2.hehe..ni semua pengaruh rakan sebaya punya pasal..dah ketagih..haha[gambar sebelah ni memang musuh ketat aku men dotA..aku memang hangin dengan beliau] ok2..sambung balik pasal entri..lari topik pula..hehe..senang sahaja..cari berapa banyak huruf f...try lah sendiri..kalau nak tahu best ke x... ALZHEIMERS' EYE TEST Count every " F" in the following text: FINISHED FILES ARE THE RE SULT OF YEARS OF SCIENTI FIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS... dah kira berapa?? HOW MANY ? WRONG, THERE ARE 6 -- no joke. READ IT AGAIN ! Really, go Back and Try to find the 6 F's before you scroll down. The reasoning behind is further down. The brain cannot process "OF". Anyone who counts all 6 "F's" on the first go is a genius. siapa yang genius kat sini..aku kira ada 3 je.. kalau dah kira banyak kali memang lah tau ada 6..hehe

Mar 18, 2009

Status kehalalan restoran....

salam.. ni aku baru dapat email dari akak aku ayuni..[suka la tu jadi famous..haha] sengihnampakgigi dia dapat dari staff hospital terkemuka di dunia..hehe hospital penawar.. jadi aku nak beritahu apa yang patut korang tahu.. penting ni..sebab dah sentuh bab halal haram dalam islam dah.. ps-gambar hanya sekadar hiasan..tiada kena mengena dengan sesiapa..hehe..kecuali budakmice..haha Status kehalalan restoran dan pemakanan seperti Kedai Mamak Lotus (dekat Nikko Hotel depan Ampang Park), San Francisco Steak House, Dome, Starbuck, La Boheme, Jusco, Foodcourt KLCC JAWAPAN JAKIM Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM �� McDonald �� A&W �� Secret Recipe Restoran & Syarikat berikut telah DITARIKBALIK sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal �� Victoria Station �� Kam Lun Tai �� Lotus Family Restoran (sebelah Nikko Hotel depan Ampang Park) �� Restoran & Syarikat berikut TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM �� San Francisco Steakhouse �� Chicken Rice Shop �� Kiwi Express �� Minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 Plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM �� Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah DITARIKBALIK pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan �� Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn. Bhd. Syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM �� Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye. Mengikut kajian, jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri TIDAK PERNAH mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja �� Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah MENDAPAT PENGESAHAN halal JAKIM dan telah dipastikan ‘soft gel’ untuk kapsul yang digunakan adalah halal. Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah Mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport. �� Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan /minuman yang disediakan di restoran ini �� SOALAN: Saya ingin tahu samada semua stall di FoodCourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yg halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak), seperti Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California Pizza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chin Oz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House, Santini JAWAPAN: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC TIDAK ADA yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu takbole �� Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus �� Kedai Bread Talk & Bread Story TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM �� Sehingga kini JAKIM TIDAK PERNAH memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual �� Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fishballs dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM �� Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang TIDAK PERNAH MEMOHON pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan /produk di tempat tersebut Waallahua'lam encem cuma nak sampaikan je..kalau nak betul2 halal..kenalah masak sendiri tiap2 hari hehe..rindu

Mar 16, 2009

Satu Biji iPod Shuffle[PERCUMA] untuk Pembaca Bertuah..

salam.. sebenarnya bukan aku yang nak beri..tapi ada seorang brother yang nak bagi.aku cuma nak promote je..secara tidak langsung memenuhi syarat peraturan untuk dapat 5 tiket..hehesengihnampakgigi nama brother tu..mohd ismail..rajin2 la visit webnya[mohdismail.net] kalau nak tau lebih lanjut.. kita teruskan cerita pasal beliau.. Beliau..Beliau ke??hehe..dia la.. dia akan berikan iPod Shuffle generasi kedua berkapasiti 1GB dengan extra button. [seperti gambar di sebelah] bagaimana?? Caranya mudah sahaja, dia akan berikan dengan teknik cabutan bertuah. Dan, setiap yang berminat perlu mendapatkan tiket sebagai langkah penyertaan. Satu tiket akan mewakili satu peluang untuk memenangi iPod Shuffle ini secara percuma & di’bawah adalah cara-cara untuk mendapatkan tiket dengan mudah. 1. Ikut dia di’Twitter. Daftar akaun Twitter jika belum ada & follow dia di twitter.com/mohdismail. Cara ini memberikan anda 1 tiket. 2. Tulis satu entri berkenaan Mohd Ismail dot Net & menyatakan tentang pemberian iPod Shuffle ini. Tulis apa sahaja — entri bersifat kutukan juga layak di’kira. Cara ini memberikan anda 5 tiket. 3. Ambil gambar sendiri bersama sekeping kertas bertuliskan www.mohdismail.net dan hantarkan ke Flickr. Tinggalkan URL gambar di’Flickr tersebut di’ruangan komen. Cara ini memberikan anda 10 tiket. Mereka yang telah follow dia di’Twitter secara automatik menerima 1 tiket. Pemenang boleh memilih warna iPod Shuffle yang di’gemari. Pemenang akan di’umumkan 30 hari dari tarikh entri ini[kat web dia..bukan entri aku..hehe] di’tulis. Tiada had tiket untuk setiap penyertaan. Keputusan juri adalah muktamad. Adik beradik, sepupu, mak pak saudara, barisan girlfriend,mak cik cafe[saje menambah..hehe]rakan sekerja Mohd Ismail tidak layak menyertai. dia bet cara ke-3 tidak akan ada siapa yang buat. Ha ha! tapi aku boleh buat je dengan selamba..haha jugak..hehe kalau x menang tak ada rezeki la tu.. kalau dah rezeki x ke mana..alhamdulillah.. doa2kan lah aku menang..huhu [ps]-en.ismail..ni gambarnya kalau nak tengok..aku dah edit yang baru kasi link website ko nmpk clear..hehe

Mar 14, 2009

kenali neraka sebelum mahu ke syurga..

mesej friendster dari ariz oxide[bukan nama sebenar].. klo korg nk glamour gak..bg la mesej kat friendster aku..hehe forward n edit untuk renungan bersama..sengihnampakgigi Jibril: Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas dan saling berkadar terus) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. bawak2lah bertaubat..jauhilah segala laranganNya..takbole sedangkan nabi dan malaikat jibril pun boleh menangis..kita x kan x boleh kot..isk3 nabi siap pengsan lagi igtkan umatnya.. sekarang ni pun dah panas terik dah..apa lagi kat neraka ek?? lu x nak fikir ke??hehe[lu fikir la sendiri..tag nabil RL2] bukan senang nak senang.tapi lagi susah kalau kita tidak beerusaha.. [ada kaitan ke??sebrnarnya itu kata2 semangat lecturer aku bagi time budak sec[L] kena ceramah dengan beliau..hehe]rindu Wallahua'lam.

Mar 11, 2009

siapakah mereka???

hanya sekadar hiasan..x de kena mengena pun..hehekenyit artikel ni pun dapat dari friendster aku..ome[bukan nama sebenar yang bagi]jadi ak just forward dan edit secukup rasa..kasik nampak lebih menarik..hehe yang penting..renung2kan dan selamat beramal...sengihnampakgigi Siapakah orang yang sibuk? siapa??yang penting bukan orang yang menyibuk..hehe Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.[senyumlah walau diri anda disakiti...] Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.[bukan yang ada duit bejuta2..tp x reti nak menderma dan membantu orang lain..dan yang penting bukan orang yang jual roti kaya..hehe] Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.[bersyukur la apa yang ada..asal boleh hidup..sudah..hehe] Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.[bukan hanya pada paras rupa..tapi akhlak lagi penting..adakah korang termasuk golongan ini??lu fikirlah sendiri..hehe] Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.[bukan orang yang duduk rumah banglo 8 tingkat..hehe] Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka. Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar artikel ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.[kalau nak sampaikan lagi bagus..up2u..hehe..dapat pahala..tiada paksaan dalam islam kan?]

Mar 10, 2009

9 siti terbaik...

1) Siti Khadijahsengihnampakgigi - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik. Menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'. 2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama. 4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa. 6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah. 7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia. 8.) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.[tidak seperti sekarang..berhias bukan untuk suami sahaja bahkan untuk tatapan umum..hehe] 9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t. 10) Siti Nurhaliza -ha lu fikirlah sendiri...rindu -tp nsb bek kat konsert maulud nabi..dia reti pakai tudung..sejuk mata memandang..hehe moga siti2 yang terbaik..dapat dijadikan contoh..jangan nama je siti..tapi perangai x elok..takbole x bes r gi2..huhu di kesempatan ni...nk ucap selamat menyambut maulidur rasul.. walaupun dah terlambat sikit..hehe selawatlah ke atas nabi kita selalu..x kira bila pun sebenarnya.. moga baginda akan membantu kita di akhirat nanti..insyaAllah..

Mar 8, 2009

tips berkesan kalau terjatuh...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling macam tenggiling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bangun balik bila takde orang nampak..hahasengihnampakgigi 2. Kalo terjatuh basikal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak... 3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...kalo x reti silat..kung fu pun jadi la.. 4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....jangan lupe..bersihkan sampai bersih..hehe 5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda.... 6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula.... 7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...bak kate wonderpet..apa yang penting..kerjasama..haha kalo jatuh cintan..ak x tau lak camne..hehetumbuk

kehebatan dan keajaiban Islam dan Al-Quran..

Sebenarnya aku dapat dari biskut[bukan nama sebenar]hehe...sengihnampakgigi bg mesej kat friendster aku..jadi aku tolong forwadkan la kat sini... Bismillahirrahmanirrahim! Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan: 1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk..[kan x payah susah2 beli ubat slim..hehe..tapi jarang mandi sebelum subuh..sbb sejuk sangat..hehe] 2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit)..[air paip amatlah dilarang..membahayakan kesihatan..hehe] 3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.[jangan sampai tertido time sujud sudah..pernah ke?] 4.Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita..[kalau tomyam camne lak ek??bukan ke ada ayam ngn udang dlm 2??..susah2 bagi je member makan ayam..korg amik udang je.haha] 5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...[jangan makan tangan kiri..cam x tau lak] 6. Sabda Nabi..Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..[menuntut ilmu biarlah ikhlas..sampai2kan lah apa yang kita tau..] Wallahu A'lam.. lame tak update..minggu test..kena la study dulu..hehesengihnampakgigi

pesakit mental..

Di sebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung di dalam sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur. Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari jefridin, a halim, L ramle. Lagu siti x main la..hehe[haha untuk alepjelir] Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah malam. Si warden penjaga hospital ni rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak "Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap... nk tau apa jawapan dy??soal " Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B la bodoh" kan da kena bodah..x sia2..isk3ihikhik haha..agak2 ada ke spesies cam ni ek..x pernah jumpa lak..

Mar 6, 2009

camne nk post?(read more)

ni tuk budak2 mice yg nk post kat cni.. x pn sesape nk wat blog dy ade read more function.. meh eden ajo jap..hehehe g kat link ni la..http://www.blogspottutorial.com/2007/12/make-post-summary-readmore-function.html?showComment=1235754840000 ssh2 aje..hope korg phm la..

Mar 4, 2009

under maintenance...

saje nk tuka theme baru..bes ke x r?? rasenye lg ok kot dr naruto 2..ringan skit.. tenet thp kekurenye psl kt kolej ni.. kene edit blk la ni..hehe nk load lame gle.. nt ak tmbh blk pe yg xd..nk borak pn da x leh kt cni..hahasengihnampakgigi admin nk kene stud sofwer dl ni..ad tes jumaat ni.. x kre ag kene inteview cct teori.. da la sengal cct ak 2..isk3soal

I Will Follow You

Blog Widget by LinkWithin