Dec 25, 2009
berpuasa ASYURA di bulan MUHARRAM adalah SUNNAH
Dec 17, 2009
DOA akhir tahun dan awal tahun [MAAL hijrah]
pada malam 1 muharam
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
pada akhir zulhijjah
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
amalan sunat, doa-doa dan banyak lagi..
klik sini
Sep 15, 2009
selamat hari RAYA!!
..tapi aku nak ucapkan selamat hari raya..maaf zahir batin..batin ada ke??mana tau ada..haha...sebab kalau dah start raya nanti..jangan harap la nak online..pastu update blog..huhu..
..AL-FATIHAH..kalau x arwah la yang selalu bersengkang mata jadi driver balik kampung..sekarang kitorang kena pandai hidup n takeover..kalau x asyik lepak kat belakang n tido beramai2..huhu
jumaat confirm aku x de kelas..boleh la balik..hehe..lec pun nak balik kampung gak..haha
time marhaban paling best..tapi sekarang budak kecik da x nak gi marhaban je macam..meraban suka la..hehe
..tapi bizi test+QUIZ+internet sengal=blog x berupdate..nak buat kad raya pn x siap..haha..
pas raya lagi tes berderet2..memang x beraya kot..i2 pun kalau ada mood studySep 4, 2009
renungan bulan PUASA

Kita sebenarnya… Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.
Kita sebenarnya… Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat...sedangkan kita tahu yang hari Jumaat merupakan penghulu segala hari..
Kita sebenarnya… Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.
Kita sebenarnya… Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang...sembahyang 5 minit dah rasa macam sejam dah..
Kita sebenarnya… Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita...siapa yang x kenal dengan siti nurhaliza??sebut je..baby pn tau..huhu..kalau datuk k..lain la cerita..hehe
Kita sebenarnya… Lebih suka menyebut Hello! Hai! Bye! daripada Assalamualaikum...hm..betul2..
Kita sebenarnya… Lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid...sambil menyanyi kita berwirid..boleh??buka lagu nasyid..x pun lagu ketuhanan..opick jugak..huhu
Kita sebenarnya… Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri...Wanita terutamanya..hehe
Kita sebenarnya… Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.
Kita sebenarnya… Lebih suka pergi konsert, karaoke daripada ceramah agama.
Kita sebenarnya… Lebih suka mengumpat orang daripada mengingati kebaikan orang.
bila lif ni nak ok da??
nasib baik tgkt 5..gunalah tangga sebaik2nya..huhu
Kita sebenarnya… Lebih suka mencarut apabila melatah daripada menyebut nama Allah..wtf??wtFish x pe..hehe
Kita sebenarnya… Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan.
Kita sebenarnya… Lebih bangga dgn kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan.
Kita sebenarnya… Lebih suka bersekongkol dengan pemeritah yang melakukan kezaliman daripada pemerintah yang baik.
Kita sebenarnya… Lebih cintakan Duniawi daripada urusan Akhirat...STUDY lebih penting dari solat terawih??huhu
notakaki : bulan puasa x sah kalau x makan kurma yusup tayub ni..hehe..sedapnye..sebab 2 semut suke..hehe...lagi satu..siapa ada idea nak buat video pasal tema merdeka tahun ni??tolong aku..buntu nak buat untuk assignment kaunseling..arghhhh
Aug 20, 2009
RAMADHAN TIBA dan KELEBIHAN TARAWIKH
.sempena ketibaan bulan RAMADHAN yang penuh barakah beberapa hari lagi..ini kali pertama entri sempena bulan ramadhan..ye la..blog ni pun x smpi setahun lagi..hehe..kali ni aku nak share lagu INDON kat korang..lagu untuk bulan puasa..bukan senang nak jumpa lagu untuk bulan puasa ni..asyik2 lagu raya..kali ni kita usha la lagu puasa lak..boleh??hehe

..huhu
..bagi sikit je dulu..nanti2 akan diupdate..moga kelebihan2 ni dapat menjadi pendorong kepada kita untuk mengerjakan solat tarawikh..
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
tempat lepak budak2 FKE
untuk sarapan..
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
sekali dalam 1 sem
..huhu

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
kepada semua umat ISLAM..moga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas2..insyaAllah...solat tarawikh jangan lupa lak..hehe..sebenarnya banyak lagi aku nak share..lagu n software..entri2 yang akan datang la eh...insyaAllah....tolong sedekahkan AL-FATIHAH untuk mak cik aku..yang baru meninggal hari isnin lepas..baru aritu kami melawatnya..
Apr 24, 2009
warkah buat hawa
salam..emm..lama x update blog ni.yela busy final exam..ni pun nak tenangkan fikiran jap...hehe..dah bersarang semut dah ni..huhu..entri ni sesaja je nak publish...terbaca kat buletin friendster..macam best je..buatlah renungan ya..bukan untuk HAWA seorang..hehe..untuk kaum HAWA la ya..Mar 23, 2009
syurga : tidak kenal maka tidak cinta
salam..
entri ni nak penuhi request [student]..
entah student mane entah ni..x tahu pun aku..hehe
kepada beliau..moga anda berpuas hati la ya..
search punya search..jumpa la artikel menceritakan tentang pintu syurga..
hari itu dah kenal pintu neraka..kita kenal pintu syurga pula..
bak kata [student]..x kenal maka x cintan..hehe
teruskan membaca...
ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya kelak adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).
Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain setiap orang sesuai dengan kumpulan mereka.
Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (Hadis riwayat Muslim).
Selepas Rasulullah SAW memasukinya, barulah kumpulan seperti yang dinyatakan di atas akan memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan amalan mereka. Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa, Rasulullah SAW bersabda: “Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan.
Hadis itu menjelaskan syurga mempunyai beberapa pintu. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga itu memiliki lapan pintu. Ia dijelaskan oleh Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan wuduknya, lalu membaca: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” (Hadis riwayat Muslim).
Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Di dalam syurga, nikmatnya tidak terhingga, sehingga digambarkan kenikmatannya adalah sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah juga terlintas dalam fikiran manusia.
Di dalam al-Quran, Allah menyifatkan syurga itu dengan beberapa keadaan seperti difirman oleh-Nya, bermaksud: “Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15).[kalau sungai di dunia ada ikan je..itupun kalau bernasib baik..kalau tidak..ada sampah-sarap je lah jawabnya..hehe..buah durian pun dah kira sedap di dunia ni..di syurga..macam-macam ada..macam astro lah pulak..huhu]
Mengenai sifat syurga di atas, Rasulullah SAW juga bersabda: “Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Di dalam syurga kelak, tidak akan ada penghuninya yang tidak menikah. Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Malah, mereka diberikan oleh Allah rumah yang diperbuat daripada mutiara dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Keadaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Sesungguhnya di syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” (Hadis riwayat Bukhari).
Ketika Rasulullah SAW di Mikraj pun, Baginda diperlihatkan bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga seperti disabdakan oleh Baginda yang bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Berdasarkan keadaan syurga di atas, hendaklah kita berusaha dengan segigih-gigihnya untuk memasukinya kerana ia adalah tempat abadi yang teramat indah bagi mukmin.
Sesungguhnya, Rasulullah SAW mengajar kepada umatnya yang ingin memohon syurga, supaya mereka memohon syurga Firdaus[bukan wan mohd firaus lak..hehe..itu roomate lan tu..haha] kerana ia adalah syurga yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah.
Penulis ialah Pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
sama-samalah..kita perbaiki diri kita..untuk melayakkan kita memasuki syurgaNya.insyaAllah...
Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.
Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.
Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu ‘Alam..













..hehe..tahun ni simple je..akak aku buat..kesuntukan masa..huhu





