Showing posts with label baik punya. Show all posts
Showing posts with label baik punya. Show all posts

Dec 31, 2009

ENTRI hot sepanjang TAHUN




salam..untuk entri penutup akhir tahun..
 aku nak bagi link untuk sedikit entri aku yang lepas-lepas..
kalau ada siapa yang terlepas untuk baca..boleh la usya link kat bawah ni..
banyak yang aku buat entri dalam bentuk gambar dan dialog.
ada dalam komik..hehe
watak-watak dalam gambar ni semua budak-budak mice..

cuti-cuti malaysia:

ada sampai episod 4..huhu..[edisi mandi ke kota tinggi]


banyak lagi komik kat sini..
tak tersenarai lak..hehe

cerita pasal pengiklan nuffnang :
[tq kepada korang yang sudi support my blog sponsor ..]
jasa anda amat dihargai. :)

ada banyak lagi content dalam blog ni..
pepandai la korang main dekat
bahagian label..
pusing2 la sampai pening..hehe

notakaki : lepas ni nak cerita asal usul blog budak mice pulak la...
kenapa budak mice?
akhir kata..selamat sambut tahun baru masihi dengan bacaan yassin..hehe

Dec 25, 2009

berpuasa ASYURA di bulan MUHARRAM adalah SUNNAH


salam..jom puasa asyura pada hari esok dan lusa..9 dan 10 muharram..
atau esok dan lusa..10 dan 11 muharram..
siapa yang boleh puasa..digalakkan berpuasa..sebabnya puasa asyura adalah sunnah nabi..
kalau tak puasa pun tak pe..hehe :)


10 muharram adalah hari asyura..
nak keterangan lebih detail..

nak tau amalan sunat yang lain di bulan muharram?

renung-renungkan dan selamat beramal..hehe
Wallahualam..

Apr 24, 2009

warkah buat hawa

salam..emm..lama x update blog ni.yela busy final exam..ni pun nak tenangkan fikiran jap...hehe..dah bersarang semut dah ni..huhu..entri ni sesaja je nak publish...terbaca kat buletin friendster..macam best je..buatlah renungan ya..bukan untuk HAWA seorang..hehe..untuk kaum HAWA la ya..sengihnampakgigi HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH... HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...fikir HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan. Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu. HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..>takbole TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT… nota kaki : bila la nak ada warkah untuk adam pulak..sape ada??sila beritahu..hehesengihnampakgigi

Apr 9, 2009

game online terhangat masa kini

nota kaki : bila la aku boleh buat game macam ni..kan best.. AMARAN : SILA KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH TERUJA.. salam..entri ini hendak cerita tentang 1 game flash yang simple.myBRUTE.tetapi boleh membuatkan korang ketagih x henti-henti..hehe..alang-alang korang sudah ada internet..bolehlah korang mereleasekan tension sekali sekala..senang sahaja..hanya perlu create hero untuk korang gunakan melawan sesiapa yang korang suka..kalau korang x puas hati dengan mamat israel..korang ajak dia lawan..haha..kira dah berjihad ke 2?? 2 yang kene fikir sendiri 2..hehe ini antara screen shot menarik yang dapat di print screenkan.. aku melawan BAUk..beliau lah yang telah membuatkan aku ketagih layan benda ni..isk3 akhirnya aku kalah..sebab guna senjata daging ayam je..beliau guna pisau..x adil betul!!hehe..xpe2..adat pertandingan..haha ini screenshot yang lain pula..lawan member-member aku..kita tengok siapa yang kena..hehe 1st..aku lawan rumet aku..APIZbius menang la..sebab dia tiada item langsung..haha 2nd..lawan mamat kos aku[sec].LAN pet2..haha..memang 3 orang pun budak lelaki kos aku ni..isk3..bosannya..jom ramai-ramai masuk sec..semakin lama semakin sikit budak-budak kos ni..x macam senior tahun 4 sekarang..lelaki pun dah 20 orang lebih..huhu..ke kos aku ni..da macam kos yang kritikal setanding dengan kos medik..hehe teruskan perlawanan.. akhirnya..aku menang juga..haha..kesian beliau.. nota tangan lak..hehe : tq to cik wawa sebab recommend software untuk edit picture ini untuk aku..huhu

Mar 23, 2009

syurga : tidak kenal maka tidak cinta

salam.. entri ni nak penuhi request [student].. entah student mane entah ni..x tahu pun aku..hehe kepada beliau..moga anda berpuas hati la ya.. search punya search..jumpa la artikel menceritakan tentang pintu syurga.. hari itu dah kenal pintu neraka..kita kenal pintu syurga pula.. bak kata [student]..x kenal maka x cintan..hehe teruskan membaca... ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya kelak adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73). Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain setiap orang sesuai dengan kumpulan mereka. Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (Hadis riwayat Muslim). Selepas Rasulullah SAW memasukinya, barulah kumpulan seperti yang dinyatakan di atas akan memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan amalan mereka. Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa, Rasulullah SAW bersabda: “Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan. Hadis itu menjelaskan syurga mempunyai beberapa pintu. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga itu memiliki lapan pintu. Ia dijelaskan oleh Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan wuduknya, lalu membaca: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” (Hadis riwayat Muslim). Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Di dalam syurga, nikmatnya tidak terhingga, sehingga digambarkan kenikmatannya adalah sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah juga terlintas dalam fikiran manusia. Di dalam al-Quran, Allah menyifatkan syurga itu dengan beberapa keadaan seperti difirman oleh-Nya, bermaksud: “Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15).[kalau sungai di dunia ada ikan je..itupun kalau bernasib baik..kalau tidak..ada sampah-sarap je lah jawabnya..hehe..buah durian pun dah kira sedap di dunia ni..di syurga..macam-macam ada..macam astro lah pulak..huhu] Mengenai sifat syurga di atas, Rasulullah SAW juga bersabda: “Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Di dalam syurga kelak, tidak akan ada penghuninya yang tidak menikah. Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Malah, mereka diberikan oleh Allah rumah yang diperbuat daripada mutiara dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Keadaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Sesungguhnya di syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” (Hadis riwayat Bukhari). Ketika Rasulullah SAW di Mikraj pun, Baginda diperlihatkan bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga seperti disabdakan oleh Baginda yang bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Berdasarkan keadaan syurga di atas, hendaklah kita berusaha dengan segigih-gigihnya untuk memasukinya kerana ia adalah tempat abadi yang teramat indah bagi mukmin. Sesungguhnya, Rasulullah SAW mengajar kepada umatnya yang ingin memohon syurga, supaya mereka memohon syurga Firdaus[bukan wan mohd firaus lak..hehe..itu roomate lan tu..haha] kerana ia adalah syurga yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah. Penulis ialah Pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia. sama-samalah..kita perbaiki diri kita..untuk melayakkan kita memasuki syurgaNya.insyaAllah... Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh. Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran. Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu ‘Alam..

Mar 21, 2009

cari huruf f ??

salam.. entri ini nak mencabar minda korang..asyik dibekalkan dengan fakta semata-mata..mesti korang boring..hehe...komik cam malas nak buat..kena ada cuti panjang baru boleh buat..sekarang ni busy je..main dotA adalah..isk3.kalau x tau dotA itu apa..klik je kat hyperlink 2.hehe..ni semua pengaruh rakan sebaya punya pasal..dah ketagih..haha[gambar sebelah ni memang musuh ketat aku men dotA..aku memang hangin dengan beliau] ok2..sambung balik pasal entri..lari topik pula..hehe..senang sahaja..cari berapa banyak huruf f...try lah sendiri..kalau nak tahu best ke x... ALZHEIMERS' EYE TEST Count every " F" in the following text: FINISHED FILES ARE THE RE SULT OF YEARS OF SCIENTI FIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS... dah kira berapa?? HOW MANY ? WRONG, THERE ARE 6 -- no joke. READ IT AGAIN ! Really, go Back and Try to find the 6 F's before you scroll down. The reasoning behind is further down. The brain cannot process "OF". Anyone who counts all 6 "F's" on the first go is a genius. siapa yang genius kat sini..aku kira ada 3 je.. kalau dah kira banyak kali memang lah tau ada 6..hehe

Mar 8, 2009

tips berkesan kalau terjatuh...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling macam tenggiling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bangun balik bila takde orang nampak..hahasengihnampakgigi 2. Kalo terjatuh basikal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak... 3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...kalo x reti silat..kung fu pun jadi la.. 4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....jangan lupe..bersihkan sampai bersih..hehe 5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda.... 6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula.... 7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...bak kate wonderpet..apa yang penting..kerjasama..haha kalo jatuh cintan..ak x tau lak camne..hehetumbuk

pesakit mental..

Di sebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung di dalam sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur. Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari jefridin, a halim, L ramle. Lagu siti x main la..hehe[haha untuk alepjelir] Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah malam. Si warden penjaga hospital ni rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak "Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap... nk tau apa jawapan dy??soal " Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B la bodoh" kan da kena bodah..x sia2..isk3ihikhik haha..agak2 ada ke spesies cam ni ek..x pernah jumpa lak..

I Will Follow You

Blog Widget by LinkWithin