Showing posts with label besT arTicLe. Show all posts
Showing posts with label besT arTicLe. Show all posts

Sep 4, 2009

renungan bulan PUASA

Kita sebenarnya… Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram. ::(

Kita sebenarnya… Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.

Kita sebenarnya… Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat...sedangkan kita tahu yang hari Jumaat merupakan penghulu segala hari..

Kita sebenarnya… Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.

Kita sebenarnya… Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang...sembahyang 5 minit dah rasa macam sejam dah..

Kita sebenarnya… Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita...siapa yang x kenal dengan siti nurhaliza??sebut je..baby pn tau..huhu..kalau datuk k..lain la cerita..hehe

Kita sebenarnya… Lebih suka menyebut Hello! Hai! Bye! daripada Assalamualaikum...hm..betul2..:anongnangyari:

Kita sebenarnya… Lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid...sambil menyanyi kita berwirid..boleh??buka lagu nasyid..x pun lagu ketuhanan..opick jugak..huhu

Kita sebenarnya… Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri...Wanita terutamanya..hehe:yawn:

Kita sebenarnya… Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.

Kita sebenarnya… Lebih suka pergi konsert, karaoke daripada ceramah agama.

Kita sebenarnya… Lebih suka mengumpat orang daripada mengingati kebaikan orang.

bila lif ni nak ok da??:ayokona:nasib baik tgkt 5..gunalah tangga sebaik2nya..huhu

Kita sebenarnya… Lebih suka mencarut apabila melatah daripada menyebut nama Allah..wtf??wtFish x pe..hehe

Kita sebenarnya… Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan.

Kita sebenarnya… Lebih bangga dgn kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan.

Kita sebenarnya… Lebih suka bersekongkol dengan pemeritah yang melakukan kezaliman daripada pemerintah yang baik.

Kita sebenarnya… Lebih cintakan Duniawi daripada urusan Akhirat...STUDY lebih penting dari solat terawih??huhu:yawn:

:woooh:notakaki : bulan puasa x sah kalau x makan kurma yusup tayub ni..hehe..sedapnye..sebab 2 semut suke..hehe...lagi satu..siapa ada idea nak buat video pasal tema merdeka tahun ni??tolong aku..buntu nak buat untuk assignment kaunseling..arghhhh

Apr 24, 2009

warkah buat hawa

salam..emm..lama x update blog ni.yela busy final exam..ni pun nak tenangkan fikiran jap...hehe..dah bersarang semut dah ni..huhu..entri ni sesaja je nak publish...terbaca kat buletin friendster..macam best je..buatlah renungan ya..bukan untuk HAWA seorang..hehe..untuk kaum HAWA la ya..sengihnampakgigi HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH... HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...fikir HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan. Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu. HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..>takbole TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT… nota kaki : bila la nak ada warkah untuk adam pulak..sape ada??sila beritahu..hehesengihnampakgigi

Mar 23, 2009

syurga : tidak kenal maka tidak cinta

salam.. entri ni nak penuhi request [student].. entah student mane entah ni..x tahu pun aku..hehe kepada beliau..moga anda berpuas hati la ya.. search punya search..jumpa la artikel menceritakan tentang pintu syurga.. hari itu dah kenal pintu neraka..kita kenal pintu syurga pula.. bak kata [student]..x kenal maka x cintan..hehe teruskan membaca... ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya kelak adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73). Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain setiap orang sesuai dengan kumpulan mereka. Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (Hadis riwayat Muslim). Selepas Rasulullah SAW memasukinya, barulah kumpulan seperti yang dinyatakan di atas akan memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan amalan mereka. Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa, Rasulullah SAW bersabda: “Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan. Hadis itu menjelaskan syurga mempunyai beberapa pintu. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga itu memiliki lapan pintu. Ia dijelaskan oleh Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan wuduknya, lalu membaca: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” (Hadis riwayat Muslim). Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Di dalam syurga, nikmatnya tidak terhingga, sehingga digambarkan kenikmatannya adalah sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah juga terlintas dalam fikiran manusia. Di dalam al-Quran, Allah menyifatkan syurga itu dengan beberapa keadaan seperti difirman oleh-Nya, bermaksud: “Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15).[kalau sungai di dunia ada ikan je..itupun kalau bernasib baik..kalau tidak..ada sampah-sarap je lah jawabnya..hehe..buah durian pun dah kira sedap di dunia ni..di syurga..macam-macam ada..macam astro lah pulak..huhu] Mengenai sifat syurga di atas, Rasulullah SAW juga bersabda: “Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Di dalam syurga kelak, tidak akan ada penghuninya yang tidak menikah. Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Malah, mereka diberikan oleh Allah rumah yang diperbuat daripada mutiara dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Keadaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Sesungguhnya di syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” (Hadis riwayat Bukhari). Ketika Rasulullah SAW di Mikraj pun, Baginda diperlihatkan bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga seperti disabdakan oleh Baginda yang bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Berdasarkan keadaan syurga di atas, hendaklah kita berusaha dengan segigih-gigihnya untuk memasukinya kerana ia adalah tempat abadi yang teramat indah bagi mukmin. Sesungguhnya, Rasulullah SAW mengajar kepada umatnya yang ingin memohon syurga, supaya mereka memohon syurga Firdaus[bukan wan mohd firaus lak..hehe..itu roomate lan tu..haha] kerana ia adalah syurga yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah. Penulis ialah Pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia. sama-samalah..kita perbaiki diri kita..untuk melayakkan kita memasuki syurgaNya.insyaAllah... Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh. Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran. Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu ‘Alam..

Mar 21, 2009

cari huruf f ??

salam.. entri ini nak mencabar minda korang..asyik dibekalkan dengan fakta semata-mata..mesti korang boring..hehe...komik cam malas nak buat..kena ada cuti panjang baru boleh buat..sekarang ni busy je..main dotA adalah..isk3.kalau x tau dotA itu apa..klik je kat hyperlink 2.hehe..ni semua pengaruh rakan sebaya punya pasal..dah ketagih..haha[gambar sebelah ni memang musuh ketat aku men dotA..aku memang hangin dengan beliau] ok2..sambung balik pasal entri..lari topik pula..hehe..senang sahaja..cari berapa banyak huruf f...try lah sendiri..kalau nak tahu best ke x... ALZHEIMERS' EYE TEST Count every " F" in the following text: FINISHED FILES ARE THE RE SULT OF YEARS OF SCIENTI FIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS... dah kira berapa?? HOW MANY ? WRONG, THERE ARE 6 -- no joke. READ IT AGAIN ! Really, go Back and Try to find the 6 F's before you scroll down. The reasoning behind is further down. The brain cannot process "OF". Anyone who counts all 6 "F's" on the first go is a genius. siapa yang genius kat sini..aku kira ada 3 je.. kalau dah kira banyak kali memang lah tau ada 6..hehe

Mar 18, 2009

Status kehalalan restoran....

salam.. ni aku baru dapat email dari akak aku ayuni..[suka la tu jadi famous..haha] sengihnampakgigi dia dapat dari staff hospital terkemuka di dunia..hehe hospital penawar.. jadi aku nak beritahu apa yang patut korang tahu.. penting ni..sebab dah sentuh bab halal haram dalam islam dah.. ps-gambar hanya sekadar hiasan..tiada kena mengena dengan sesiapa..hehe..kecuali budakmice..haha Status kehalalan restoran dan pemakanan seperti Kedai Mamak Lotus (dekat Nikko Hotel depan Ampang Park), San Francisco Steak House, Dome, Starbuck, La Boheme, Jusco, Foodcourt KLCC JAWAPAN JAKIM Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM �� McDonald �� A&W �� Secret Recipe Restoran & Syarikat berikut telah DITARIKBALIK sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal �� Victoria Station �� Kam Lun Tai �� Lotus Family Restoran (sebelah Nikko Hotel depan Ampang Park) �� Restoran & Syarikat berikut TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM �� San Francisco Steakhouse �� Chicken Rice Shop �� Kiwi Express �� Minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 Plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM �� Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah DITARIKBALIK pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan �� Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn. Bhd. Syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM �� Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye. Mengikut kajian, jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri TIDAK PERNAH mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja �� Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah MENDAPAT PENGESAHAN halal JAKIM dan telah dipastikan ‘soft gel’ untuk kapsul yang digunakan adalah halal. Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah Mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport. �� Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan /minuman yang disediakan di restoran ini �� SOALAN: Saya ingin tahu samada semua stall di FoodCourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yg halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak), seperti Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California Pizza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chin Oz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House, Santini JAWAPAN: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC TIDAK ADA yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu takbole �� Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus �� Kedai Bread Talk & Bread Story TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM �� Sehingga kini JAKIM TIDAK PERNAH memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual �� Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fishballs dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM �� Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang TIDAK PERNAH MEMOHON pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan /produk di tempat tersebut Waallahua'lam encem cuma nak sampaikan je..kalau nak betul2 halal..kenalah masak sendiri tiap2 hari hehe..rindu

Mar 14, 2009

kenali neraka sebelum mahu ke syurga..

mesej friendster dari ariz oxide[bukan nama sebenar].. klo korg nk glamour gak..bg la mesej kat friendster aku..hehe forward n edit untuk renungan bersama..sengihnampakgigi Jibril: Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas dan saling berkadar terus) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. bawak2lah bertaubat..jauhilah segala laranganNya..takbole sedangkan nabi dan malaikat jibril pun boleh menangis..kita x kan x boleh kot..isk3 nabi siap pengsan lagi igtkan umatnya.. sekarang ni pun dah panas terik dah..apa lagi kat neraka ek?? lu x nak fikir ke??hehe[lu fikir la sendiri..tag nabil RL2] bukan senang nak senang.tapi lagi susah kalau kita tidak beerusaha.. [ada kaitan ke??sebrnarnya itu kata2 semangat lecturer aku bagi time budak sec[L] kena ceramah dengan beliau..hehe]rindu Wallahua'lam.

Mar 11, 2009

siapakah mereka???

hanya sekadar hiasan..x de kena mengena pun..hehekenyit artikel ni pun dapat dari friendster aku..ome[bukan nama sebenar yang bagi]jadi ak just forward dan edit secukup rasa..kasik nampak lebih menarik..hehe yang penting..renung2kan dan selamat beramal...sengihnampakgigi Siapakah orang yang sibuk? siapa??yang penting bukan orang yang menyibuk..hehe Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.[senyumlah walau diri anda disakiti...] Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.[bukan yang ada duit bejuta2..tp x reti nak menderma dan membantu orang lain..dan yang penting bukan orang yang jual roti kaya..hehe] Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.[bersyukur la apa yang ada..asal boleh hidup..sudah..hehe] Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.[bukan hanya pada paras rupa..tapi akhlak lagi penting..adakah korang termasuk golongan ini??lu fikirlah sendiri..hehe] Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.[bukan orang yang duduk rumah banglo 8 tingkat..hehe] Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka. Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar artikel ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.[kalau nak sampaikan lagi bagus..up2u..hehe..dapat pahala..tiada paksaan dalam islam kan?]

Mar 8, 2009

tips berkesan kalau terjatuh...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling macam tenggiling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bangun balik bila takde orang nampak..hahasengihnampakgigi 2. Kalo terjatuh basikal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak... 3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...kalo x reti silat..kung fu pun jadi la.. 4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....jangan lupe..bersihkan sampai bersih..hehe 5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda.... 6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula.... 7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...bak kate wonderpet..apa yang penting..kerjasama..haha kalo jatuh cintan..ak x tau lak camne..hehetumbuk

kehebatan dan keajaiban Islam dan Al-Quran..

Sebenarnya aku dapat dari biskut[bukan nama sebenar]hehe...sengihnampakgigi bg mesej kat friendster aku..jadi aku tolong forwadkan la kat sini... Bismillahirrahmanirrahim! Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan: 1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk..[kan x payah susah2 beli ubat slim..hehe..tapi jarang mandi sebelum subuh..sbb sejuk sangat..hehe] 2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit)..[air paip amatlah dilarang..membahayakan kesihatan..hehe] 3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.[jangan sampai tertido time sujud sudah..pernah ke?] 4.Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita..[kalau tomyam camne lak ek??bukan ke ada ayam ngn udang dlm 2??..susah2 bagi je member makan ayam..korg amik udang je.haha] 5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...[jangan makan tangan kiri..cam x tau lak] 6. Sabda Nabi..Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..[menuntut ilmu biarlah ikhlas..sampai2kan lah apa yang kita tau..] Wallahu A'lam.. lame tak update..minggu test..kena la study dulu..hehesengihnampakgigi

Feb 19, 2009

kita bukannya...TAPI kita...

1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh 2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin 3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome 4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa 5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat 6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang 7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah 8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut TAPI... 1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain 2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan 3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri 4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain 5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain 6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati 7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah 8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri...sedarlah...lu fikirlah sendiri...hehesengihnampakgigi

Feb 11, 2009

faKta atau auta??

Beberapa fakta atau mungkin juga auta yang mungkin belum pernah korang tahu.. 1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. 2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan. 4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. 6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. 7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi. 8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku. 9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. 14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog stYloo ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku… haha..sape yg terkena??ak pn terkena gak..hehe..jarang2 ditemui..segala fakta ni..huhufikir rembat : ohtidak.com

I Will Follow You

Blog Widget by LinkWithin